THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, September 15, 2009

Qari Masa Hadapan....

SMSRIAAB,11 SEPTEMBER 2009-Satu lagi pertandingan menggemparkan ketika berlangsungnya program bulan Ihya Ramadhan pada bulan Ramadhan ini mencapai kemuncaknya apabila diadakan final untuk menentukan siapa qari handalan Al-amin Bangi 2009.
Para peserta yang berjaya sampai ke peringkat akhir seramai 5 orang,iaitu Akh Azam tingkatan 3,Akh Syahmi tingkatan 3, Akh Afiq tingkatan 1 ,Akh Arsyad tingkatan 1,dan Akh Hamzah Hanani tingkatan .Juri handalan yang mengadili pula ialah Muallim Fadhil dan Muallim Saudi yang arif tentang selok-belok dalam pembacaan kitab suci Al-Quran.

Selesai saja dendangan ayat-ayat suci Al-Quran daripada semua peserta,Muallim Saudi memberikan komen-komennya yang bernas dan membina asas tajwid dan kefahaman yang lebih terhadap pembacaan Al-Quran.Muallim Fadhil??Unknown comment…..

Diharap agar program sedemikian dapat diteruskan pada masa-masa akan datang supaya jiwa-jiwa pelajar Al-Amin akan lebih dekat dengan Al-Quran sendiri.Majlis ditutup dengan bacaan tasbih kifarah dan surah Al-Asr.

Tilawah

Penutup Ihya Ramadhan






SMSRIAAB, 15 SEPTEMBER 2009-Pagi yang muram serta membosankan menjadi riuh-rendah dengan hadirnya program penutup Bulan Syariah yang dimulakan seawal lapan pagi lagi. Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, sebagai pembersih jiwa-jiwa pelajar Al-Amin, sebelum dihiburkan dengan adegan perlawanan yang menggelikan hati dari pelajar-pelajar Tingkatan 1. Sejurus itu, mulalah bahagian yang ditunggu-tunggu iaitu pemberian hadiah, malangnya, mungkin kerana kepenatan berpuasa seharian, tepukan yang diberi kurang gemuruh. Pelbagai pertandingan yang menarik sepanjang bulan Ihya Ramadhan dianjurkan seperti membuat poster, meneka buah tamar, kuiz harian dan kuiz mega. Peserta yang menang pula diberi “hadiah” setimpal dengan usaha mereka. Majlis penutup diceriakan dengan alunan nasyid yang “menyentuhkan” hati yang seperti abang KU kita kata,” agak berkaitan dengan bulan Ramadhan”. Majlis penutup diakhiri dengan “gimik” penutup yang menyerlahkan bakat Hussein bersaudara menampilkan aksi lucu mereka. Akhir sekali ditayangkan montaj yang bermula dengan intro kontroversial (screen rosak), dan berisi dengan aktiviti yang dijayakan dalam bulan syariah. Majlis diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah dan surah Al-Asr. -by Umar Abdul Aziz-

Monday, September 14, 2009

Tilawah Quran tyme Ramadhan....






Malas nak post....pandai2 la tengok gamba2 tu....






Monday, September 7, 2009

: : Buat Warga CREATIVE : :



4 Tahun Lalu,
entum mungkin tidak mengenali akan apa itu Creative. Begitu juga ana, ana tidak mengenalinya sama sekali. Setelah ana membacanya sendiri, barulah ana mengerti. Rupa-rupanya, komik bermesej ini dihasilkan oleh pelajar Sekolah ini sendiri yang memilih jalan dakwah untuk memanfaatkan bakat-bakat mereka buat adik-adik di Sekolah Sri Al-Amin Bangi yang dahagakan hiburan. Kerana abang-abang senior Al-Amin yang menyayangi junior-juniornya begitu memikirkan cara untuk menambat hati-hati junior agar berhibur dengan hiburan mendidik jiwa, hiburan berlandaskan syi'ar Islam sebelum hati-hati mereka ditambat Syaitan. Dan semuanya LILLAHI TA'ALA.


2 Tahun kemudian, setelah adik-adik Al-Amin yang dahulunya junior, menjadi senior, mereka lupa. Lupa bahawa jihad yang senior mereka bawakan hanya kerana ALLAH. Mereka leka bahawa Jalan Dakwah itu hanya sehala. Tangan yang mahir, tidak lagi sedia berkhidmat untuk agama ini. Tangan yang pakar pula, sudah jemu berkhidmat dengan ikhlas. Bahkan, hasilnya dibangga-banggakan. Bukankah ALLAH menjadikan kita dengan setiap seorang punyai kelebihan ?. Dan apakah kita sudah lupa bahawa setiap orang punyai kelemahan masing-masing ?. Kenapa jadi begini ?. Kenapa harus berbangga dengan kelebihan kepada orang yang bukan pada bidang yang sama. Mereka juga punyai kelebihan yang bukan sebidang dengan kita. Oleh itu, atas dasar apakah kita berbangga ?.


Sehingga kini, Creative hampir-hampir sahaja bubar sekali lagi. Ini asset kita. Milik kita, bukan milik sesiapa, kecuali KITA selaku warga Al-Amin. Ana bertanya kepada senior. Ana bertanya kepada junior. Ana bertanya kepada diriku. Aku bertanya pada ALLAH, atas sebab apakah yang menjadikan Creative itu tidak lagi menghiburkan ?. Tangan-tangan yang diberi kelebihan sudah terpesong dengan jauh sekali daripada niat yang suci. Niat itu sendiri sudah ternoda. Mengapa begini ?.

"Abang buat ni semua.. Bukan sebab nak enjoi.. Tapi, supaya adik-adik bisa memahami dan mengenali Tuhan Yang Maha Penyayang..".

Creative tidak lagi menjadi medan dakwah. Tapi, menjadi ladang untuk menyuburkan benih-benih RIYA'. Apakah adik-adikku sudah lupa bahawa kepada tuhan kita akan kembali ?. Sesetengah mereka yang berkata :

"Creative sudah tidak menarik mungkin atas sebab pelukisnya tidak mahir berlawak...".
"Mungkin sebab senior yang pintar melukis sudah tiada..".

Hatta Nabi Muhammad sendiri pun digelar الضَّحُوكْ (Pembawa Kegembiraan). Rasulullah juga pandai berlawak. Tapi kenapa lawak kita tidak mampu menambat warga Al-Amin ?. Adik-adik perlu tahu. Mengapa Warga Al-Amin lebih gemar membaca Kreko. Mengapa mereka lebih gemar membaca Ujang, Apo, Starz, Mangga, K Kompak, Gempak, Naruto dan pelbagai lagi komik yang melalaikan. Berbanding Al-Quran yang saban hari dipisahkan nun menjauh.. Semakin menjauh.. Dan semakin jauh. Sedangkan Al-Quran itu sendiri semakin hampir saat KalamNya diangkat dan ditarik daripada kita.


Sedarlah wahai Warga-warga Creative. Berbaktilah pada agama ALLAH. Bakat adik-adik tidak diperlukan seandainya niat adik-adik bukan kerana ALLAH. Bukan medan kita lagi untuk bergurau senda tanpa sebarang motif. Medan kita nun menjauh. Medan kita hutan duri yang harus kita redahi. Medan kita lautan api yang menjulang yang harus kita renangi, banjaran tinggi yang harus kita daki, jurang dalam yang harus kita seberang, awan nan tinggi yang harus kita capai dan medan yang hanya layak diganjari Syurga ALLAH. Oleh itu, bergembiralah kerana anda berada di atas jalan yang menuju ke Syurga. Tempat yang tersingkap segala khayalan oleh realiti.

Ps:"Iyadh,sori cilok ko nye artikel...."

Tetibe jer.....


"... Seandainya pada hari ini kalian masih tetap sengsara seperti ini, tanpa adanya perubahan yang bererti, nescaya nama baik kalian pasti hilang, rasa gentar yang ada pada hati musuh pula berganti menjadi berani. Oleh itu, pertahankan jiwa kalian. "

Tariq bin Ziyad

First time tgk buku nie....mcm bosan !!!!dahla author pun ntah sape, cite psal tokoh yg jarang dgr,jadila pelik....so far,lepas bace je...perasaan ana berubah..."Best gile novel nie!!!"Nak tau lebih lanjut pasal novel sejarah Islam nie...ade kat rak buku Maktabah Al-Amin tingkat 2(sesape x tau la)blh pinjam tapi 2 minggu je la...lebih 1 hari 10 sen(promote skit!!)Jadi,bolehlah bersegera skarang.....

Alkisahnya novel yg ana bace nie (Maktabah ade buku nie):
Panglima Julian dan rombongannya dari Andalusia datang menghadap Musa bin Nusair yang pada waktu itu menjadi pemerintah Islam di Afrika. Tujuan kedatangan Panglima Julian adalah untuk mengharapkan pertolongan dari Musa bin Nusair dalam menentang Raja Rodriega iaitu pemimpin di Andalusia yang terkenal dengan kekejamannya terhadap rakyat. Panglima Julian berharap dengan kedatangan Musa bin Nusair dan tentera Islam dapat menegakkan keadilan dan menghapuskan penindasan terhadap rakyat.
Panglima Julian yang merupakan Gabenor Ceuta rasa sangat kecewa dan dendam terhadap Raja Rodreiga dan askar-askar Gotiknya kerana telah memperkosa Florinda (anaknya) sanggup memberikan kerjasama dan menyediakan 12 buah kapal perang kepada Musa bin Nusair dan tenteranya untuk datang ke Andalusia demi menegakkan keadilan dan menghapuskan kekejaman. Musa bin Nusair melantik Tariq bin Ziyad sebagai pemimpin angkatan tentera walaupun ditentang oleh beberapa panglima kerana Tariq pernah menjadi budak suruhan kepada Musa bin Nusair. Tetapi, Musa bin Nusair tetap dengan keputusannya kerana beliau tahu Tariq bin Ziyad mempunyai sifat kepahlawanan, bakat kepimpinan yang tinggi dan semangat yang kuat serta berani.
Tariq bin Ziyad kemudian berangkat ke Andalusia bersama 12 ribu orang tentera yang sanggup berjihad dan mereka akhirnya selamat mendarat di Andalusia. Setibanya di sana, Tariq bin Ziyad mengumpulkan tenteranya di Gibraltar (jabal Tariq) dan berteriak dengan penuh semangat, "di belakang kita laut, di depan kita musuh.Demi Allah,sekarang kamu bagaikan anak yatim di rantau asing yang sama sekali terpencil bagi kamu. Kita terpaksa memilih kemenangan ataupun syahid. Dan kita takkan pulang sebelum mencapai matlamat itu!".

Dengan kata-kata itu, Tariq bin Ziyad berjaya meniupkan semangat tenteranya untuk menentang 100 ribu tentera Gotik . Tambahan lagi, Tariq bin Ziyad telah membakar kesemua kapal yang mereka gunakan supaya askar-askarnya dapat berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. Tujuan kedatangan Tariq bin Ziyad yang pada mulanya merupakan pasukan peninjau terus berjihad untuk menang dalam sesuatu peperangan ataupun syahid di medan perang.

Nama Tariq bin Ziyad terus harum di bumi Andalusia kerana beliau yang hanya merupakan seorang budak suruhan dan bukan pula dari keturunan Arab telah berjaya mencipta sejarah dengan penaklukan wilayah Eropah yang paling luas ke dalam kekuasaan Islam. Revolusi sosial timbul dari penaklukan Andalusia iaitu kebebasan agama benar-benar diakui di bawah pemerintahan Islam.

Ps:nak tau ending....hah pegilah ke MPH atau Popular atau senang2 pinjam je kat Maktabah....x yah byr....