THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, September 15, 2009

Qari Masa Hadapan....

SMSRIAAB,11 SEPTEMBER 2009-Satu lagi pertandingan menggemparkan ketika berlangsungnya program bulan Ihya Ramadhan pada bulan Ramadhan ini mencapai kemuncaknya apabila diadakan final untuk menentukan siapa qari handalan Al-amin Bangi 2009.
Para peserta yang berjaya sampai ke peringkat akhir seramai 5 orang,iaitu Akh Azam tingkatan 3,Akh Syahmi tingkatan 3, Akh Afiq tingkatan 1 ,Akh Arsyad tingkatan 1,dan Akh Hamzah Hanani tingkatan .Juri handalan yang mengadili pula ialah Muallim Fadhil dan Muallim Saudi yang arif tentang selok-belok dalam pembacaan kitab suci Al-Quran.

Selesai saja dendangan ayat-ayat suci Al-Quran daripada semua peserta,Muallim Saudi memberikan komen-komennya yang bernas dan membina asas tajwid dan kefahaman yang lebih terhadap pembacaan Al-Quran.Muallim Fadhil??Unknown comment…..

Diharap agar program sedemikian dapat diteruskan pada masa-masa akan datang supaya jiwa-jiwa pelajar Al-Amin akan lebih dekat dengan Al-Quran sendiri.Majlis ditutup dengan bacaan tasbih kifarah dan surah Al-Asr.

0 comments: