THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, September 15, 2009

Penutup Ihya Ramadhan






SMSRIAAB, 15 SEPTEMBER 2009-Pagi yang muram serta membosankan menjadi riuh-rendah dengan hadirnya program penutup Bulan Syariah yang dimulakan seawal lapan pagi lagi. Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, sebagai pembersih jiwa-jiwa pelajar Al-Amin, sebelum dihiburkan dengan adegan perlawanan yang menggelikan hati dari pelajar-pelajar Tingkatan 1. Sejurus itu, mulalah bahagian yang ditunggu-tunggu iaitu pemberian hadiah, malangnya, mungkin kerana kepenatan berpuasa seharian, tepukan yang diberi kurang gemuruh. Pelbagai pertandingan yang menarik sepanjang bulan Ihya Ramadhan dianjurkan seperti membuat poster, meneka buah tamar, kuiz harian dan kuiz mega. Peserta yang menang pula diberi “hadiah” setimpal dengan usaha mereka. Majlis penutup diceriakan dengan alunan nasyid yang “menyentuhkan” hati yang seperti abang KU kita kata,” agak berkaitan dengan bulan Ramadhan”. Majlis penutup diakhiri dengan “gimik” penutup yang menyerlahkan bakat Hussein bersaudara menampilkan aksi lucu mereka. Akhir sekali ditayangkan montaj yang bermula dengan intro kontroversial (screen rosak), dan berisi dengan aktiviti yang dijayakan dalam bulan syariah. Majlis diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah dan surah Al-Asr. -by Umar Abdul Aziz-

0 comments: