THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, September 7, 2009

: : Buat Warga CREATIVE : :



4 Tahun Lalu,
entum mungkin tidak mengenali akan apa itu Creative. Begitu juga ana, ana tidak mengenalinya sama sekali. Setelah ana membacanya sendiri, barulah ana mengerti. Rupa-rupanya, komik bermesej ini dihasilkan oleh pelajar Sekolah ini sendiri yang memilih jalan dakwah untuk memanfaatkan bakat-bakat mereka buat adik-adik di Sekolah Sri Al-Amin Bangi yang dahagakan hiburan. Kerana abang-abang senior Al-Amin yang menyayangi junior-juniornya begitu memikirkan cara untuk menambat hati-hati junior agar berhibur dengan hiburan mendidik jiwa, hiburan berlandaskan syi'ar Islam sebelum hati-hati mereka ditambat Syaitan. Dan semuanya LILLAHI TA'ALA.


2 Tahun kemudian, setelah adik-adik Al-Amin yang dahulunya junior, menjadi senior, mereka lupa. Lupa bahawa jihad yang senior mereka bawakan hanya kerana ALLAH. Mereka leka bahawa Jalan Dakwah itu hanya sehala. Tangan yang mahir, tidak lagi sedia berkhidmat untuk agama ini. Tangan yang pakar pula, sudah jemu berkhidmat dengan ikhlas. Bahkan, hasilnya dibangga-banggakan. Bukankah ALLAH menjadikan kita dengan setiap seorang punyai kelebihan ?. Dan apakah kita sudah lupa bahawa setiap orang punyai kelemahan masing-masing ?. Kenapa jadi begini ?. Kenapa harus berbangga dengan kelebihan kepada orang yang bukan pada bidang yang sama. Mereka juga punyai kelebihan yang bukan sebidang dengan kita. Oleh itu, atas dasar apakah kita berbangga ?.


Sehingga kini, Creative hampir-hampir sahaja bubar sekali lagi. Ini asset kita. Milik kita, bukan milik sesiapa, kecuali KITA selaku warga Al-Amin. Ana bertanya kepada senior. Ana bertanya kepada junior. Ana bertanya kepada diriku. Aku bertanya pada ALLAH, atas sebab apakah yang menjadikan Creative itu tidak lagi menghiburkan ?. Tangan-tangan yang diberi kelebihan sudah terpesong dengan jauh sekali daripada niat yang suci. Niat itu sendiri sudah ternoda. Mengapa begini ?.

"Abang buat ni semua.. Bukan sebab nak enjoi.. Tapi, supaya adik-adik bisa memahami dan mengenali Tuhan Yang Maha Penyayang..".

Creative tidak lagi menjadi medan dakwah. Tapi, menjadi ladang untuk menyuburkan benih-benih RIYA'. Apakah adik-adikku sudah lupa bahawa kepada tuhan kita akan kembali ?. Sesetengah mereka yang berkata :

"Creative sudah tidak menarik mungkin atas sebab pelukisnya tidak mahir berlawak...".
"Mungkin sebab senior yang pintar melukis sudah tiada..".

Hatta Nabi Muhammad sendiri pun digelar الضَّحُوكْ (Pembawa Kegembiraan). Rasulullah juga pandai berlawak. Tapi kenapa lawak kita tidak mampu menambat warga Al-Amin ?. Adik-adik perlu tahu. Mengapa Warga Al-Amin lebih gemar membaca Kreko. Mengapa mereka lebih gemar membaca Ujang, Apo, Starz, Mangga, K Kompak, Gempak, Naruto dan pelbagai lagi komik yang melalaikan. Berbanding Al-Quran yang saban hari dipisahkan nun menjauh.. Semakin menjauh.. Dan semakin jauh. Sedangkan Al-Quran itu sendiri semakin hampir saat KalamNya diangkat dan ditarik daripada kita.


Sedarlah wahai Warga-warga Creative. Berbaktilah pada agama ALLAH. Bakat adik-adik tidak diperlukan seandainya niat adik-adik bukan kerana ALLAH. Bukan medan kita lagi untuk bergurau senda tanpa sebarang motif. Medan kita nun menjauh. Medan kita hutan duri yang harus kita redahi. Medan kita lautan api yang menjulang yang harus kita renangi, banjaran tinggi yang harus kita daki, jurang dalam yang harus kita seberang, awan nan tinggi yang harus kita capai dan medan yang hanya layak diganjari Syurga ALLAH. Oleh itu, bergembiralah kerana anda berada di atas jalan yang menuju ke Syurga. Tempat yang tersingkap segala khayalan oleh realiti.

Ps:"Iyadh,sori cilok ko nye artikel...."

0 comments: